Wednesday, December 24, 2008

pengangkap ke pengangkan*?hehe

tengok tu...tu kt bawah tu...itu zaman kemilangan aku tau...zaman ni lah segala jenis bapak saman tak laku..kebal beb...zaman ni la segala lautan sungai gunung ganang bukit bukau di harungi...xde takutnye...tapi ada gak masa aku dpt nama PACAT sbb aku menjerit sampai nk bergegar bukit(baru nk bergegar..x gegar lg tau) bile nampak pacat besar jari kelingking siap ada tone warna belah tepi badan dia melekat kt kasut aku huhuhu...boleh demam kena sedut ngan pacat gergasi tu...kata pengangkap,pacat pun takot kerrrr...actually nama glamor aku kt sekolah dulu adalah SPEAKER<--mane tak nk bergegar bukit...


yang aku tak paham ngan gambar kt atas tu skang..nape sume pempuan dlm gamba tu mesti tangkap gambar mengangkang...cube ko suruh aku tangkap gambar macam tu skang...excuse me!!aku pempuanlaaa hahaha berubah siottt...adakah dulu aku jantan?haha...mak abah aku selalu panggil aku 'naat taat'...aku pun tak tahu dari mane diaorg dapat word tu...tp itu utk istilah separuh laki separuh pempuan...aku dah check bnyk kali,mende tu x separuh2 pun hehehe


ini style yg paling digemari saat itu dan smpai skang...gambar ala2 dunhill nama dia...ni model dunhill punye kejela...dah aku terikut2,tangkap gamba tak tgk kamera,sape yg tgk kamera tu adalah org yg tak layak jadi model dunhill hehehe

cari mana aku...tok sah duk cari la...mmg aku takde dlm gambo tu hehehe...sememeh jer muka kan hehehe skang kawan2 aku ni sume dh jd gorjes mcm aku hahaha sila geli ketiak...
rindukah aku kepada zaman kegemilangan itu???iyeeeee....

Monday, December 15, 2008

lama tak update?

huh!sgt bz ke aku?aku menjawab YA...hehehe
memandangkan arini hari bersiar2 di opis...aku update la blogku ini...

aku skang bukan saja bz kt opis...malah aku bz jugak di rumah...
aku dah buat persiapan utk majlis kahwin aku...hohoho licksss...

aku dh mula merasai keKOMITMENah aku utk buat persiapan...kadang2 rase terpaksa jerrr hehehe aku dah mula hilang konsentrasi nk wat keje kt opis...

sekejap2 aku ingat 'kalau aku balik buat bunga hantaran ni okey gak',
kejap2 teringat 'yg tu tak potong lg,yg tu nk kena kerat,yg tu nk kena gulung' huahuahua...
tu la pempuan...otak dia kan ada 1,yg tu la mix mcm2 mcm ayaq batu campoq(baca ABC)...

ape yg aku buat ek?mcm bnyk jer...meh nk list tgk...ntah2 dua jer kan...

1.aku sibuk cari butik pengantin, utk sewa baju utk bersanding...sbb aritu aku gi survey kt bandar ikan patin tu (baca temerloh)...5 kedai aku pegi,xde pun yg masuk ngan jiwa aku yg gorges nih hahaha

2.aku sibuk search fotographer yg menjanjikan kecantikan gambar dan dlm kos yg berpatutan...dan mungkin leh menjanjikan boleh nampakkan muka aku iras2 angelina jolie dan muka nuril ala2 brad pitt hahahaa (sila geli lubang tekak)...

3.aku sibuk mensurvey brg2 spt...beg gift,bunga telur,bunga kecik2 nk letak kt gift,cadar,alas pahar...

4.aku dah start buat gift utk guest...jeng3...aku buat barang baikkkk punyeee(baca mcm dafi sebut ok) hehehe...

mmmm...setakat ni masih lg pening kepala..sbb yg paling kukuh adalah sbb duit tak bape nk cukup lagi huhuhu...ada org kaya mau sedekah sedikit wang utk aku x?hahaha chayok2 an & nuril!!!...

aku ngan nuril baru jer wat perjanjian utk hidup dlm penjimatan yg sangat utk 5 bulan yg akan datang...tapiiiii...kenapa Mc DONALD DAH KUARKAN PROSPERITY BURGER...????BIASE AKU MKN BERKALI20 SMPAI PUAS HATI BURGER NIH...CAMANE NK JIMAT????

b...cancel jap perjanjian leh???hehehe takpun aku kena rela...makan di tahun depan jer...huhuhuh<---LAGIPUN KO KATA NK KURUSKAN!!!!!silalah berusaha...

lg 1 utk persiapan kahwin aku...aku gigih mempraktis memakai contact lens,sbb time kahwin nti kononnye nk pakai lens hahaha makin buta aku pakai lens ni...corak2 lens tu lindung anak mata aku...uwaaaaa...

Tuesday, December 2, 2008

jawatan kosong...baik punya

TEMUDUGA SEBAGAI : CALON JENAZAH
[1] SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal..
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur..
2. Perlindungan di Padang Mahsyar..
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
1.Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
2.Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kadkredit.
3.Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
4.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
5.Sila bawa dokumen asal iaitu: Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut)orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya."

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala,maka solat itu berkata kepada malaikat :
dari arasku tidak ada jalan masuk..
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya :
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya :
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan :
di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya :
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu :
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu :
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.

Apakah pandangan kamu tentangseorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka di kata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahayabaginya.

p.s..Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.<--huhuhu tibe2 aku takut...jom BERIBADAT!!!! :)