menjalani hari-hari bersama anak tanpa marah...
tak tahu lah dtg dari mana kesedaran itu...
mungkin ada yg berdoa,supaya aku lebih bersabar dan tenang dlm mendidik dan membesarkan anaknye(ayah irfaan la tu haha)
dan aku bersyukur kpd Allah...
semenjak duamenjak ni aku adalah membaca sedikit berbanding dahulu haha
kadang2 terbaca pasal kewangan,kadang2 terbaca pasal keagamaan,kadang2 terbaca bab keibubapaan...
dan itu sedikit sebanyak menimbal balik cara aku membesarkan nur irfaan...
banyak yg terkurang plak rasanye..bnyk mende yg aku tak buat utk dia...
kurang diberi rangsangan la anak aku tu huhuhu
xleh nk salahkan sesiapa kecuali diri sendiri ngehngehngeh
apa yg aku baca?sampai kuar kempen bagai...aku copy dr blog http://geniusbabyonboard.blogspot.com
Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada PenciptaNya: "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia." Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi itu bertanya kepada: "Selama ini, ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Allah:"Jangan takut. Sesungguhnya Aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti."
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi, "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini, aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatkanku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab, "Jangan takut, malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai!"
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi, "Aku tidak makan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikat yang ku pilih itu makan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan, dia akan mengajarmu berbicara."
Bayi itu bertanya lagi : "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara denganMu kelak?"
Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih terus bertanya : "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi siapa yang akan melindungiku nanti?"
Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi, "Aku akan berasa sedih kerana kerana tidak dapat bersamaMu lagi!"
Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentangKu padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepadaKu bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya aku sentiasa berada disisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir, "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama Malaikat yang engkau maksudkan itu?"
Lalu Tuhannya menjawab: "Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!"
*************************************************************
mcm tak layak je jd 'malaikat' kepada nur irfaan bile 'malaikat' itu asyik marah2...kannn
tp aku bukanlah garang mcm mak tiri ok(cover nampak)...
aku cuma marahkan dia bila buat apa yg tak patut dia buat...
contonye:memulas2 kepala gas ketika aku sedang memasak(sungguh bahaya kan),membuka peti ais(kemahiran baru),memanjat tempat2 tinggi...
apa yg aku rasa bahaya utk dia buat, aku marahlah tp baru aku sedar dia BUKAN TAHU PUN kan?
aku teruskan pembacaan hal keibubapaan...
anak itu cermin diri kita,dia akan buat apa yg 'guru' dia buat(guru pertamanya:ibu dan ayah)
memarahi anak hanya akan mengganggu emosi si kecil...dia juga akan menjadi anak yg mudah marah
ibubapa perlu mencari kaedah lain utk melarang anak dari melakukan perkara yg tidak sepatutnye dilakukan...
ok byk lg...kesimpulannye...hari pertama tanpa marah saya menjadikan saya lebih berharga(mcm iklan olay) hahaha
doakan saya utk jadi org yg lebih boleh(berkebolehan) menahan marah yer...
>>disebabkan nk upload gamba tak lepas2...so x dapek la nk upload gamba buah hati saya yg dah tak kena marah(hari ni laaa)haha dh pandai tgk kamera n kita ckap 'smile' dia pun smile hehe
No comments:
Post a Comment